BAB III: Raja Balikasha Dan Raja Shaksha Bermusuhan 3.2

on Apr 17, 2009

Pada malam itu, di rumah tumpangannya, Saghjalam semalaman duduk berfikir apa yang hendak dilakukan di negeri itu sebelum ia pulang ke negerinya. Akhirnya, ia mengambil keputusan hendak menjilat bekas tapak kaki Raja Shaksha itu. Dengan menyamarkan dirinya, Saghjalam pun pergilah ke istana Raja Shaksha, tetapi dilihatnya raja itu sangat rapi dikawal oleh menterinya empat orang, serta empat puluh orang hulubalang yang sangat gagah semuanya.


Lagi pula raja itu tiada pernah menjejakkan kakinya di tanah, jadi Saghjalam tiadalah langsung mendapat kesempatan untuk menjilat bekas tapak kaki Raja Sakhsha itu. Tetapi ia tiada putus asa, sambil meninggalkan istana itu ia berkata di dalam hatinya: baik-lah sekarang menteri empat orang itu serta delapan orang hulubalang Raja Shaksha yang paling gagah, aku binasakan kerana mereka ini terlebih besar daripada segala orang dalam negeri ini.


Ada pun keempat menteri serta delapan orang hulubalang yang gagah itu setelah mengadap Raja Shaksha, keluar-lah mereka meninggalkan istana. Ketika itulah Saghjalam menjilat bekas tapak kaki mereka sekalian. Kemudian di tulisnya surat demikian bunyinya: Hai Raja Shaksha, aku inilah pahlawan Maharaja Balikasha yang telah membunuh empat orang menterimu dan delapan orang hulubalangmu. Sekarang ini, aku telah pun kembali mengadap rajaku. Surat itu dicampakkannya di atas jalan raya dan malam itu juga Saghjalam pulang ka-negerinya.


Akan hal dua belas orang Raja Shaksha yang telah dijilat bekas tapak kaki mereka oleh Saghjalam itu pun mulalah mendapat bisa yang amat sangat hingga mereka tiada sedarkan diri. Apabila hal mereka itu dipersembahkan kepada Raia Shaksha, sangatlah dukachita baginda mendengarnya. Dalam keadaan kebingungan itu, surat Saghjalam tadi pun dijumpai orang, lalu dipersembahkan kapada raja. Baginda sememangnya telah syak bahawa bencana yang menimpa dua belas orangnya itu adalah perbuatan orang dan surat Saghjalam itu telah membuktikannya. Seketika itu juga baginda menitahkan supaya dua orang tabib yang termasyhur di negeri itu, seorang bernama Maharashi Bilawi dan seorang lagi bernama Maharashi Angkasta, dipanggil untuk mengubati orang-orang yang sakit itu.


Setelah diubati, kesemua menteri dan hulubalang yang sakit itu pun sembuhlah. Baginda sangatlah sukacita, lalu menganugerahkan kedua tabib itu dengan sepertinya. Tetapi kapada Saghjalam kemarahan baginda tetap menyala. Waktu itu juga dititahkan dua orang hulubalangnya yang muda-muda lagi gagah, bersama askar-askarnya, pergi menangkap Saghjalam. Titah baginda, "Barang kerja lain itu kemudianlah, pekerjaan mengikut Saghjalam ini juga kita dulukan." Pergilah kedua pahlawan itu bersama-sama orang-orangnya dan beberapa lama kemudian mereka pun bertemu dengan Saghjalam yang sengaja menampakkan dirinya itu. Seru Saghjalam, "Hai pahlawan Raja Shaksha, jika engkau sunguh hulubalang gagah, ikutlah aku." Kedua pahlawan Raja Shaksha itu membalas dengan kata-kata caci kerana perbuatan Saghjalam menyerang dengan mencuri itu. Sementara itu mereka terus mengikut Saghjalam hingga berbulan-bulan lama-nya, tetapi tiada juga mereka berjaya menangkapnya. Akhirnya tibalah mereka di tempat di mana pahlawan Saghjalam meninggalkan askarnya dahulu itu. Kedua pihak pun berperang terlalu hebat keadaannya. Setelah berperang beberapa lama, pihak Raja Shaksha pun alah, banyak rakyat tenteranya yang mati terbunuh dan yang lainnya habis tertawan, hanya pahlawannya dua orang itu sahaja yang terselamat. Maka kembalilah Saghjalam ke negerinya dengan membawa kemenangan yang gilang gemilang. Tiadalah terkata lagi akan kesukaan Maharja Balikasha mendengarkan pahlawannya mendapat kemenangan itu, lalu diberinya anugerah akan Saghjalam dengan sepertinya. Tetapi apabila baginda diberitahu pula oleh Saghjalam akan kebesaran serta kekayaan Raja Shaksha baginda tiba-tiba berubah menjadi marah sehingga seorang pun tiada berani memandangnya.


Arakian akan kedua hulubalang Raja Shaksha dahulu itu setelah alah dalam peperangan, mereka pun segera kembali ke negeri Indera Puri Negara mengadap raja mereka. Maka segala hal yang telah berlaku dalam peperangan itu pun semuanya dipersembahkan kepada baginda. Baginda tidak dapat menahan kemarahannya kerana hulubalangnya yang di-percayai itu tidak berjaya melaksanakan tugasnya. Sedang dalam keadaan demikian, baginda pun menitahkan supaya segala orang-orangnya bersiap kerana baginda hendak pergi memerangi Biru Hasha Purwa. Tetapi dua orang saudaranya yang bernama Sardal dan Kamdakata tiada membenark; baginda pergi.


Sembah mereka, "Biarlah hamba berdua pergi memerangi negeri Biru Hasha Purwa."


Tiada pula ditolak oleh baginda akan cadangan kedua saudaranya itu. Kelengkapan perang segera disiapkan, beberapa orang anak raja yang bersaudara dengan Raja Shaksha semua telah dipanggil untuk membantu baginda. Setelah lengkap segala-galanya dan setelah bermohon, Sardal, Kamdakata dan segala bala tenteranya bertolaklah menuju ke negeri Biru Hasha Purwa.


Terdengarlah khabar kepada Raja Balikasha bahawa Sardal dan Kamdakata datang hendak menyerang negerinya. Baginda pun memanggil sekalian menteri dan hulubalangya guna meminta nasihat. Saghjalam yang turut serta itu mencadangkan supaya ia sahaja di-lengkapkan dengan satu bala tentera yang kuat, kerana ia bertujuan menentang musuh itu di Gunung Darkili. Cadangannya itu dipersetujui oleh Raja Balikasha. Berangkatlah Saghjalam bersama bala tenteranya menuju ke Gunung Darkili, lalu berkampung di atas gunung itu menanti kedatangan musoh. Bersambung…


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

About

 
© mahabharata All Rights Reserved